DEFINISI MOTO

DEFINISI MOTO DALAM MENCAPAI MATLAMAT HIDUP 
Moto atau dalam Bahasa Inggerisnya dituliskan dengan Bahasa Motto. Ia merupakan sebuah kalimat atau kata yang dijadikan sebagai prinsip dalam kehidupan atau sesebuah organisasi. Bagi mencapai sesuatu visi dalam kehidupan atau organisasi kita mesti mengikut moto yang telah ditetapkan. Moto ini umpama matlamat hidup dalam kehidupan untuk mencapaikan kehendak kita. Selain itu, moto juga memberi maksud sebagai suatu frasa atau kata yang tertera di atas sesuatu yang menggambarkan sifat atau kegunaan sesuatu benda.
Selain itu, kalimat moto ini juga memainkan peranan dalam menggambarkan motivasi, semangat dan tujuan organisasi. Penggunaan moto ini biasanya dapat dilihat di universiti, negara, dan sesuatu bandar. Moto dituliskan bersesuai dengan sesuatu tempat dan menggunakan Bahasa yang mudah difahami oleh sesebuah masyarakat dalam negara. Dalam masa yang sama, moto kehidupan dapat mendorong kita untuk berbuat perkara-perkara yang positif yang terdapat dalam moto tersebut. Sebagai contoh moto yang memberikan inspirasi adalah “Carilah Ilmu Hingga Ke Negeri China” yang memberi maksud adalah pendidikan ini memberikan dorongan motivasi dan semangat kepada semua para pelajar untuk rajin dalam menuntut ilmu walupun perlu belajar di negeri yang jauh.
Kriteria-kriteria dalam penyusunan moto kehidupan atau organisasi perlu memiliki syarat iaitu kalimat pembentukan moto kehidupan perlu bersifat berterusan supaya individu atau organisasi tidak mudah berputus asa dalam mencapat matlamat hidup. Selain itu, kriteria yang kedua adalah kalimat pembentukan moto kehidupan perlulah menghindari kata-kata yang negatif agar tiada individu memandang serong kepada sesebuah organisasi apabila menggunakan kata-kata yang negatif dan keinginan dari terus maju. Kata-kata negatif dalam moto akan memberi sifat buruk kepada organisasi atau individu seperti kegagalan dan kemunduran.
Seterusnya, moto juga merupakan satu cara untuk menaikkan semangat dan menyemarakkan cita-cita. Ia juga mampu untuk mencipta sesuatu yang luar biasa dariapada kebiasaan yang umpamanya seperti angin. Angin yang meniup bara yang sedang menyala. Api yang baik ia akan mendatangkan manfaat begitulah juga dengan moto. Moto yang baik dari segi penggunaan Bahasa dan kata dapat memberi tanggapan positif dan semangat kepada individu atau organisasi. Selain itu apa yang dapat kita fahami, moto juga dapat menjadikan alat untuk menyebarkan propanda dengan menggunakan retorik yang berkesan. Retorik ialah sejenis gaya dan seni untuk memujuk dan mempengaruhi orang lain begi mempercayai apa yang ditulis atau diperkatakan. Kebanyakannya hampir semua orang polititik mempunyai sifat yang menggunakan moto dalam mempengaruhi orang lain. Moto yang digunakan itu perlu mempunyai retorik yang tinggi.
Seterusnya, fungsi moto dalam penggunaan retorik ialah untuk memastikan sesebuah moto itu mampu mempengaruhi fikiran dan tindakan individu atau organisasi. Maka, kita perlu bijak dan memahami setiap moto yang kita dengar dan lihat. Dalam masa yang sama, ayat yang digunakan dalam moto itu mempunyai retorik yang kuat dan ia adalah salah satu strategi komunikasi dalam berbahasa. Pemakaian Bahasa secara berkesan dalam moto mampu mempengaruhi individu dan sesebuah organisasi. Retorik dalam moto digunakan sebagai salah satu strategi komunikasi berbahasa yang menekankan aspek keberkesanan dalam perhubungan yang boleh melibatkan soal keterampilan atau kemahiran seseorang mengajukan buah fikiran, idea, atau gagasan. Ungkapan yang digunakan dalam moto bukan sahaja dianggap sebagai keramat kerana setiap kali kita dipedengarkan orang akan terpesona dengannya. Hal ini demikian kerana, sesuatu ungkapan tersebut menjadi ikutan umum kerana ia mudah diingat dan cepat menyerap ke dalam minda pendengar.
Oleh hal yang demikian, setiap individu atau sesebuah organisasi perlulah bijak dalam memilih diksi atau penggunaan kata yang berkesan dalam moto. Sebagai contoh, kata-kata yang dapat mengungkap kenyataan, memperhalus, memperbesar, bahkan menyembunyikan realiti. Dalam moto, Bahasa yang digunakan hendaklah jelas, tepat, mudah, indah, dan menarik supaya dapat memberikan maksud yang sebenar di sebalik setiap kata dalam moto. Moto yang berkesan dan dapat mencapai tujuannya perlulah disampaikan dengan pelbagai teknik dan digabungkan dengan unsur retorik yang kuat. Penyampaian idea dan maklumat itu boleh menimbulkan rasa keharuan di samping merangsang daya fikir dan akal. Kehadiran nila istetik itu menjadikan Bahasa mempunyai gaya tersendiri dan dapat diaplikasi dalam moto.
Kesimpulannya, kehebatan menyampaikan slogan, tagline dan moto dalam sesuatu organisasi datau individu dapat memperlihatkan kewibawaan dan keterampilan. Jelaslah bahawa, retorik itu perlu dilihat dari perspektif positif kerana tanpanya sesuatu slogan, tagline dan moto itu boleh diibaratkan sebagai lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan. Menguasai penggunaan berbahasa dan keterampilan menjadi sebab utama kejayaan orang-orang terkenal dalam sejarah dunia. Pengetahuan tentang retorik dan ilmu komunikasi yang memadai akan membawa keuntungan. Dengan adanya huraian-huraian yang berkaitan penggunaan retorik dalam slogan, tagline, dan moto ia mampu menjadi acuan bagi individu atau organisai mengenal, memahami, dan mengaplikasikan dengan betul. Selain itu, dengan ini individu atau organisasi mengetahui sejarah perkembangan retorik dari berbagai zaman dan kemunculan retorik yang berpengaruh sejak zaman manusia dapat berinteraksi dengan orang lain yang mementingkan prinsip seni dan teknik dalam komunikasi.

Comments

Popular Posts