perubahan yang berlaku dalam bidang penulisan kreatif dari segi amali dan teori.


Penulisan kreatif merupakan bidang ilmu yang sentiasa berkembang dari masa ke masa, sesuai dengan perubahan pemikiran manusia, teknologi dan gaya kreativiti manusia. Apapun perubahan yang berlaku dalam bidang penulisan kreatif, sama ada dari segi teori dan amali hanya golongan penulis yang cekal, beriltizam dan serius sahaja yang akan kekal dalam penglibatan mereka sebagai penulis.


Sejarah kelahiran seni penulisan kreatif di Malaysia pada tahun 2016 sehingga 2016 muncul selepas beberapa genre yang berbentuk moden diasaskan oleh penulis-penulis muda di Malaysia. Dapat dilihat bahawa pada tahun 2020 penulisan Malaysia akan lebih berkembang mengikut bakat dalam bidang penulisan ini. Selain itu, menjadi penulis ini bukanlah tersohor seperti seorang pelakon dan penyanyi. Ia memerlukan bakat dan minat yang perlu ditanam dalam diri seseorang untuk terus menulis dan berkarya. Setelah kita menulis dan dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada pembaca ia amat memuaskan kita dan kita akan lebih memberangsang untuk terus menulis. Apa yang dapat dilihat pada zaman 2020 ini, sejarah penulisan kreatif pada tahun 2010 sehingga 2016 itu akan mempunyai sedikit perbezaan dimana pada zaman 2016-an itu sendiri telah mempunyai pelbagai genre.
Jenis penulisan yang dapat ditafsirkan pada zaman 2016-an itu ialah kebanyakan dari mereka menggambarkan sesuatu secara kreatif iaitu menggunakan kata-kata yang dapat menggambarkan realiti yang hidup. Selain itu, didapati bahawa sebahagian dari mereka juga menggunakan ayat yang pelbagai termasuklah dengan menggunakan dialog hidup dan ciri-ciri yang ada pada seseorang mengikut setiap watak.
Semua ciri-ciri penulisan kreatif pada zaman 2016-an itu dapat dilihat melalui tema, sintaksis, gaya bahasa, morfologi dan bentuk penulisan itu sendiri. Dari segi tema, iaitu kebanyakkannya menggunakan tema-tema apa yang telah berlaku di Malaysia dan telah diaplikasikan dalam penulisan mereka agar pembaca minat untuk membacanya kerana ia berkaitan dengan masalah-masalah dalam negara dan sekaligus mereka akan dapat menafsir sendiri. Selain itu, ialah sintaksis iaitu binaan ayat yang kreatif dan mengikut setiap golongan untuk menarik minat membaca mereka. Seterusnya, ialah gaya bahasa iaitu menggunakan bahasa yang tersendiri dan berstail telah menyerlahkan fikiran penulis itu sendiri dan mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca itu agar jelas dan berkesan. Pada masa yang sama, bentuk penulisan juga memainkan peranan yang agak penting dalam penulisan iaitu menyusun setiap cerita dengan betul seperti persoalan, jalinan cerita, babak, adegan dan sebagainya. Dari segi morfologi pula, penulis didapati menggunakan bahasa yang kreatif dan menyampaikan dengan tepat dan jelas. Selain itu, penggunaan dialek, slangan dan sinkof itu juga telah menceriakan idea penulis.
Kesimpulannya, semua penulis di Malaysia pelulah mempunyai minat dan bakat dalam menghasilkan sesuatu karya agar ia dapat dijadikan rujukan generasi muda pada masa hadapan untuk lebih kreatif dalam menjana minda untuk menulis. Setiap penulisan itu perlulah dari hati dan disampaikan secara iklas agar segala tulisan kita itu dapat memberi impak yang positif kepada pembaca.

Comments

Popular Posts