FOLKLOR MEMBUKTIKAN BAHAWA DAPAT MEMBERI MANFAAT SEBAGAI WADAH DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF DI NEGARA MALAYSIA

FOLKLOR MEMBUKTIKAN BAHAWA DAPAT MEMBERI MANFAAT SEBAGAI WADAH DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF DI NEGARA MALAYSIA
Folklor sering diidentitikan dengan tradisi dan kesenian yang telah berkembang pada zaman sejarah dan telah sebati dalam kehidupan masyarakat. Dalam masyarakat Malaysia, setiap daerah, kelompok, etnik, suku, bangsa dan golongan agama telah mengembangkan folklor mereka sendiri di Malaysia terdapat pelbagai jenis folklor. Folklor ialah kebudayaan manusia yang telah diwariskan secara turun-temurun baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan atau pengerakan badan. Selain itu, folklor juga dapat didefinisikan sebagai adat-istiadat tradisional cerita rakyat yang diwariskan turun-temurun dan tidak dibukukan tetapi tersebar luar melalui warisan dan bahasa lisan.
Foklor merupakan kata majmuk yang berasal daripada dua kata dasar iaitu folk dan lore. Menurut Alan Dundes folk membawa maksud kepada sekelompok kumpulan yang memiliki ciri-ciri pengenal sosial dan budaya sehingga dapat dibezakan dengan kumpulan yang lain. Ciri-ciri pengenal ini terdiri daripada warna kulit, jenis rambut, bahasa, taraf pendidikan dan agama yang sama. Lore pula merupakan sebahagian kebudayaan yang diwariskan secara lisan atau melalui contoh yang disertakan dengan gerakan badan. Ciri-ciri utama folklor ialah penyebaran dan warisannya dilakukan secara lisan iaitu melalui tutur kata dari mulut-mulut dan dari satu generasi ke generasi. Selain itu, ia juga bersifat tradisional iaitu disebarkan dalam bentuk relatif tetap. Berkembang dalam versi yang berbeza. Hal ini kerana, penyebaran secara lisan akan mengalami perubahan tetapi pengakhirannya tetap sama. Mempunyai manfaat dalam kehidupan kolektif misalnya ia banyak digunakan sebagai alat pendidikan, protes sosial dan cerminan terhadap sesuatu keinginan.
Folklor ini juga merupakan pemilikan bersama dari sesuatu masyarakat atau kumpulan tertentu. Folklor mempunyai beberapa jenis iaitu folklor lisan. Folklor lisan ini dikenali juga sebagai fakta mental yang meliputi bahasa rakyat seperti loghat bahasa, slang, dan tabu. Mempunyai ungkapan tradisional yang berbentuk peribahasa dan sindiran. Pertanyaan yang dikenal sebagai teka-teki kepada sesuatu masyarakat atau kumpulan. Berbentuk dalam sajak, puisi, pantun dan syair. Seterusnya ialah folklor bukan lisan yang dikenali sebagai artifak iaitu tekstur pembangunan rumah tradisional seperti di Minangkabau, Tanah Jawa, Kalimantan, Papua dan lain-lain. Selain itu, mempunyai alat kraftangan yang tersendiri dan pakaian tradisional serta alat-alat muzik yang tersendiri. Fungsi folklor adalah dijadikan sebagai alat untuk    mendidik. Selain itu, sebagai cerminan kepada sesuatu anggota masyarakat dalam mematuhi peraturan dan juga sebagai rujukan untuk lembaga-lembaga kebudayaan. Berikutnya ialah manfaat folklor dalam pembangunan industri kreatif di negara kita.
Industri kreatif merupakan salah satu sumber penting dalam pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya bagi negara-negara maju. Untuk itu, Kerajaan menyedari bahawa rakyat negara ini mampu menjadikan industri kreatif sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan negara, seterusnya mencapai sasaran ekonomi negara berpendapatan tinggi. Kreativiti merupakan sesuatu yang berasaskan bakat, kebolehan yang dirancang secara bersepadu oleh individu atau kumpulan dengan mengambil kira nilai-nilai seni dan budaya tempatan serta penggunaan teknologi bagi menghasilkan produk yang berkualiti bagi memenuhi pasaran. Dasar Industri Kreatif Negara yang berpaksikan 3 skop utama iaitu, Multimedia, Seni Budaya dan Warisan Budaya ini digubal bagi memenuhi keperluan industri dan menyokong pembangunan dan kemajuan setiap industri di bawahnya.
Aspek-aspek utama dalam industri kreatif telah diambil kira dan diberi penekanan dalam melaksanakan strategi-strategi dasar, termasuk aspek penglibatan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pembangunan harta intelek yang dilihat amat penting bagi menggalakkan pembangunan industri kreatif semasa. Dengan adanya dasar ini, industri kreatif multimedia, fesyen dan tekstil, kraf dan lain-lain dapat diperkasa dan diperluaskan pasarannya di peringkat dalam dan luar negara. Dasar Industri Kreatif ini diharap dapat menjadi panduan yang jelas bagi penggiat industri, para pemimpin dan rakyat dalam usaha mencapai matlamat utama Kerajaan seiring memartabatkan seni budaya dan warisan negara.
Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) merupakan salah satu pemangkin yang seiringan dengan hasrat dan aspirasi YAB Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Dengan adanya DIKN, ianya membuka ruang dan peluang kepada kelompok masyarakat yang berbakat terutama generasi muda untuk berkarya sama ada dalam aspek multimedia, seni budaya atau warisan budaya dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif seterusnya mendapat pasaran di dalam dan di luar negeri. Secara tidak langsung produk-produk yang mendapat pasaran akan memberi pulangan hasil termasuk pendapatan yang lebih tinggi. Dasar ini akan menghasilkan kelompok karyawan kreatif negara yang mampu mengeksport produk ke pasaran negara-negara ASEAN dan dunia keseluruhannya.
Industri kreatif ialah industri-industri yang melibatkan kreativiti individu, keterampilan, dan bakat yang mempunyai potensi menjana kekayaan serta penciptaan peluang pekerjaan melalui penggalakan dan eksploitasi harta intelek. Definisi industri kreatif dalam konteks Malaysia ialah penggemblengan dan penghasilan kebolehan dan bakat individu atau berkumpulan berasaskan kreativiti, inovasi dan teknologi yang menjurus kepada sumber keberhasilan ekonomi dan pendapatan tinggi kepada negara dengan memberi penekanan kepada aspek karya dan hak cipta intelek selaras dengan budaya dan nilai-nilai murni kepelbagaian kaum di Malaysia. Dengan kata lain, industri kreatif merujuk kepada seni untuk ekonomi yang melibatkan individu-individu berbakat, pihak korporat dan seterusnya memberi implikasi kepada negara dari segi pendapatan dan imej negara. Skop industri kreatif ini juga boleh dibahagikan kepada beberapa kategori industry iaitu industri kreatif multimedia yang merujuk kepada penerbitan filem dan televisyen, pengiklanan, seni reka dan animasi dan kandungan digital. Seterusnya ialah industri kreatif seni budaya yang merangkumi kraftangan, seni visual, seni muzik, seni persembahan, penulisan kreatif dan fesyen dan tekstil. Skop seterusnya ialah industri kreatif warisan budaya iaitu aktiviti muzium, arkib, pemulihan dan pemuliharaan khazanah-khazanah nenek moyang kita.
Perkembangan semasa negara menunjukkan industri kreatif adalah salah satu sumber penting pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya di negara-negara yang maju. Dalam perspektif sosiobudaya di Malaysia, jelaslah bahawa foklor telah memberi manfaat dalam industri kreatif sekaligus memberi sumbangan kepada negara dan juga berpotensi menjana ekonomi yang berpendapatan tinggi serta memartabatkan budaya bangsa. Justeru, amat penting khazanah warisan bangsa dahulu yang memainkan peranan secara bersepadu dan terancang untuk hala tuju yang seterusnya.
Manfaat atau kebaikan foklor dalam industri kreatif ini ialah dapat dilihat dari segi perfileman yang telah diadaptasikan dari kisah yang benar atau mitos. Melalui perfileman, industri kreatif akan terus dapat melangkah seiring dengan industri-industri lain kerana setiap filem yang dicipta mempunyai aura dan tindakbalas yang baik. Selain itu, ia juga akan membantu mencambah sumber maklumat dan mengetengahkan perlambangan budaya tempatan serta identiti kebangsaan ke peringkat global. Hal ini kerana, melalui perfileman perkara atau unsur-unsur khazanah kita akan tersebar luas dengan pantas dan orang luar atau dalam akan mengetahui bahawa setiap negara atau kaum dan bangsa itu mempunyai identiti tersendiri dan ini akan menjadikan negara kita sebuah negera yang unik dan mempunyai khazanah yang beraneka ragam.
Seterusnya, manfaat foklor ini kepada industri kreatif ialah dapat mengangkat kedudukan negara ke tahap yang lebih tinggi di rantau ini. Hal ini kerana, dari segi perfileman telah menonjolkan satu aspek bahawa negara kita ini mempunyai pelbagai bidang dalam insudtri kreatif untuk diterjemahkan dan ia akan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan serta membantu perkembangan ekonomi di negara kita. Melalui perfileman, kadar peluang pekerjaan dalam industri kreatif akan semakin meningkat sekaligus mengurang kadar pengangguran di negara ini. Tenaga kerja yang diperlukan dalam perfileman ini memainkan peranan yang penting untuk menjayakan sesuatu filem. Dalam masa yang sama, melalui perfileman ini akan menunjukkan bahawasanya itu adalah kehidupan orang-orang dahulu dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh cerita rakyat yang telah diadaptasikan ialah Bawang Merah Bawang Putih. Ia telah mengisahkan seorang anak muda perempuan yang telah diseksa oleh ibu tiri dan kakak tirinya. Kisah ini juga pernah berlaku dalam kehidupan orang dulu dan telah dijadikan sebagai nilai atau pengajaran supaya orang yang berkelakuan begitu akan menerima nasib yang setimpal dengan kelakuannya. Cerita ini telah tersebar luas ke merata negeri sehinggakan ada sesetengah negara yang mengambilnya dan dijadikan sebagai cerita rakyat mereka sendiri dan menukarkan kepada versi lain. Selain itu, dalam dunia perfileman ini manfaat foklor kepada industri kreatif ini akan dapat mendatangkan keuntungan dalam membantu perkembangan industri kreatif dari segi kewangan dan juga harta lama yang telah dikeluarkan untuk masyarakat supaya dapat mengetahui khazanah sendiri. Seterusnya, melalui perfileman ia juga salah satu cara dalam melestarikan warisan budaya tradisional sehingga diprodukkan secara kormesial akan dapat mengenalkan kembali budaya tradisional. Dan dari situlah, dapat memberikan pelajaran yang berharga untuk generasi muda yang seterusnya.
Selanjutnya, melalui dunia perfileman ia akan dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa manfaat atau kebaikan foklor terhadap industri kreatif dapat memperluaskan pasaran tempatan dan antarabangsa. Hal ini kerana, kelembapan industri kreatif negara pada masa ini telah didiorong oleh beberapa faktor seperti sktruktur industri kreatif yang tidak tersusun dan terancang serta ketiadaan integrasi yang menyeluruh dan mempunyai hala tuju yang jelas. Selain itu, faktor-faktor yang turut menjadi kekangan perkembangan industri kreatif ini ialah kekurangan tenaga kerja yang mahir, saiz industri yang kecil serta tidak kompetitif dan persepsi masyarakat yang beranggapan bahawa industri ini tidak dapat menjamin pendapatan yang tetap. Walaubagaimanapun, dalam era permodenan ini industri kreatif kita telah berkembang pesat dengan adanya kebaikan yang diambil dari foklor supaya dapat menerapkan nilai-nilai positif sebanyak mungkin dalam usaha memajukan industri kreatif.
Seterusnya, manfaat foklor dalam perkembangan industri kreatif ini dapat dilihat dalam penulisan kreatif. Dalam industri kreatif, bidang penulisan sangat membantu untuk menggerakkan sesuatu rekacipta atau bidang lain seperti muzik, visual, filem dan sebagainya. Penulisan ini merupakan satu sumber atau ilham dalam memulakan sesuatu daya kreatif untuk membina sesuatu yang baru. Sebagai contoh, sebelum pembikinan filem dilakukan penulisan  terlebih dahulu telah mencetuskan pelbagai idea untuk diadaptasikan di filem dan mengarang cerita atau skrip yang perlu ditulis dan dijadikan sebagai watak dan perwatakan.
Dalam dunia penulisan juga, foklor banyak membantu dari segi manfaat khazanah-khazanah dahulu seperti cerita-cerita rakyat yang membawa sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan dan telah diubah menjadi moden mengikut pemikiran masyarakat sekarang. Dalam masa yang sama, kebaikan foklor dalam penulisan ini dapat menyokong pembangunan industri kreatif yang berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan di peringkat domestik antarabangsa. Sebagai contoh, dalam penulisan satu puisi dan novel itu telah diangkat dan dijadikan satu jalan cerita iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wick dan Ada Apa Dengan Cinta. Hal ini telah menunjukkan bahawa dalam dunia penulisan mempunyai satu kriteria yang baik dan patut dicontohi. Cerita ini telah menggambarkan kisah cinta di antara dua pasang kekasih. Dan ini juga telah menyelitkan unsur-unsur perkauman, keagamaan, penderitaan. Dari apa yang dapat kita lihat bahawa kita juga dapat mengetahui atau mengenali sesuatu bangsa yang berpegang teguh dengan bangsa sendiri melalui penulisan bagi masyarakat yang tegar membaca akan mengetahui serba sedikit mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang. Jadi jelaslah bahawa penulisan ini membantu dalam menaiktarafkan filem dalam pembangunan industri kreatif. Penulisan kreatif lain seperti novel, cerpen, sajak dan sebagainya juga semakin digunapakai dalam industri kreatif untuk menunjukkan bahawa khazanah nusantara ini mempunyai banyak zat dan kebaikan yang tersembunyi di sebalik dunia moden.
Selain itu, dalam dunia penulisan kreatif terdapat lagi beberapa penulisan kreatif lain iaitu cerita rakyat, cerita dongeng, sajak, cerpen dan puisi. Cerita rakyat merupakan cerita yang berasal dari masyarakat dan berkembang dalam masyarakat pada masa lampau yang menjadi ciri khas disetiap bangsa yang mempunyai kultur budaya yang beraneka ragam yang mencakup kekayaan budaya dan sejarah yang dimiliki masing-masing bangsa. Pada umumnya cerita rakyat ini mengisahkan mengenai suatu kejadian di suatu tempat atau asal usul suatu tempat. Tokoh-tokoh yang dimunculkan dalam cerita rakyat umumnya diwujudkan dalam bentuk binatang, manusia dan dewa. Cerita rakyat yang telah dituliskan dalam bentuk penulisan cerpen dan mempunyai pelbagai versi seperti Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus yang telah berlaku di Gunung Tangkuban Perahu di Bandung Utara konon berasal dari perahu milik sangkuriang. Kerana ia murka perahu itu ditendangnya hingga tertelungkup dan berubah menjadi sebuah gunung yang kemudian dikenal sebagai Gunung Tangkuban Perahu. Selain itu, dalam cerpen ini juga terdapat watak dan perwatakan yang berunsurkan binatang ialah Khinzir dan Si Tumang iaitu anjing. Mereka telah disumpah kerana melanggar janji dan sekaligus telah menjadi dewa dalam diam.  Melalui penulisan cerpen tentang cerita ini terbuktilah nilai dan pengajaran yang dapat kita pelajari dari cerita itu.
Selain itu, ia juga dapat memberi manfaat dalam industri kreatif untuk terus maju berdasarkan cerita rakyat yang telah dikarang, dijual dan menjadi setiap koleksi dimana-mana perpustakaan. Melalui jualan cerpen ini, ia juga akan membantu meningkatkan ekonomi negara kita. Selain itu, cerita dongeng juga mempunyai fungsi yang tertentu dalam memberi manfaat kepada industri kreatif. Cerita dongeng ini merupakan merupakan sebuah warisan dari nenek moyang secara turun temurun yang harus kita lestarikan keberadaannya. Meskipun benar atau tidak sebuah dongeng tersebut masih perlu kita bertanyakan. Dongeng merupakan sebuah karya sastera yang boleh membangun karakter anak-anak untuk belajar berimaginasi. Selain itu, dongeng di anggap sebagai prosa fiktif yang bertujuan untuk hiburan, pengajaran seperti moral atau bertujuan lain untuk menyindir. Meskipun dongeng adalah suatu karya sastera fiktif yang tidak terikat oleh waktu, dongeng banyak terinpirasi dari dunia nyata.
Dongeng juga termasuk dalam karya sastera foklor, ilmu yang menjelaskan tentang kebudayaan yang berada dalam masyarakat. Contohnya adalah dongeng yang di ceritakan secara lisan sebagai pengantar tidur ataupun dongeng yang di ceritakan secara terbuka dengan menggunakan media lain. Sebagai contoh cerita dongeng yang telah diadaptasikan dalam penulisan kreatif ialah Si Kabayan yang berasal dari Tanah Jawa Indonesia. Cerita ini telah mengisahkan tentang petualangan dan peperangan ksatria yang berakhir dengan bahagia (kemenangan bagi pembela kebenaran dan kehancuran pada tokoh yang jahat). Cerita ini telah dijadikan sebagai pengajaran atau alat untuk mendidik dalam masayarakat kita. Ia juga dapat memberi penekanan kepada aspek karya dan hak cipta intelek selaras dengan budaya dan nilai-nilai murni kepelbagaian kaum di Malaysia.
Dalam masa yang sama, dengan adanya industri kreatif ini kebaikan yang ada dalam foklor ini dapat mencungkil dan mengetengahkan bakat, meningkatkan kepakaran serta kreativiti dalam dunia penulisan. Penulis-penulis muda yang berbakat dalam bidang penulisan juga boleh menulis tentang manfaat folklor yang ada di sekeliling yang mungkin terlepas pandang oleh mana-mana pihak. Pendek kata, manfaat foklor dalam pembangunan industri kreatif ini sangat penting agar dapat generasi yang seterusnya dapat mengenal budaya mereka sendiri. Selain itu, ia juga dapat menarik perhatian pelancong atau orang asing untuk mengetahui lebih lanjut tentang warisan nenek moyang kita sekaligus membantu dalam menjanakan ekonomi negara.
Selanjutnya, manfaat folklor dalam membantu pembangunan industri kreatif ialah melalui animasi. Dalam industri kreatif, bidang animasi sangat membantu dalam memastikan sokongan yang berterusan dalam budaya dan kreatif untuk terus maju. Hal ini demikian kerana, kisah-kisah folklor yang ada sekarang ini telah diterjemahkan dalam bentuk animasi. Hal ini bertujuan untuk, memberi didikan atau pengajaran kepada kanak-kanak melalui setiap watak dan karakter yang dipegang. Selain itu, dalam pembangunan industri kreatif di negara ini animasi telah mendapat perhatian di hati masyarakat kerana mengandungi unsur-unsur yang baik atau positif untuk anak-anak. Sebagai contoh, cerita Si Tanggang yang telah didokumentasikan dalam bentuk animasi untuk ditonton oleh kanak-kanak. Animasi Si Tanggang ini telah menceritakan nilai dan pengajaran yang diterapkan seperti jangan derhaka kepada ibu bapa maka ia akan dapat balasan yang setimpal dengan kelakuannya.
Melalui animasi cerita ini, ibu bapa dapat mendidik anak-anak sekarang dan mendedahkan dengan banyak nilai dan pengajaran. Hal ini jelas, dengan manfaat foklor dalam pembangunan industri kreatif melalui animasi dapat membantu majoriti masyarakat untuk ke lapisan yang seterusnya. Dan ia juga dapat mendifinisikan dengan jelas konsep inovasi dalam industri kreatif ini. Selain itu, melalui animasi juga ia dapat membantu mempelbagaikan lagi koleksi animasi yang berdasarkan foklor dan sekaligus menjadikan ia sesuatu yang sangat bermakna di kemudian hari. Hal ini kerana, di masa akan datang generasi muda akan dapat mengetahui budaya mereka melalui animasi juga daripada bertanya ibu bapa moden sekarang yang juga kurang pasti apa itu foklor. Contoh lain foklor yang yang telah diterjemahkan dalam bentuk animasi ialah Bawang Merah Bawang Putih. Cerita ini dibawakan daripada penulisan ke perfileman dan sekarang ke bentuk animasi. Cerita ini  ialah sebuah cerita rakyat lama di Kepulauan Melayu  yang terkenal. Ia mengisahkan tentang Bawang Putih yang kehilangan ibu bapa dan terpaksa duduk di bawah jagaan ibu tirinya yang membencinya, begitu juga dengan saudara tirinya Bawang Merah. Namun akhirnya Bawang Putih berkahwin dengan putera raja dan hidup gembira di dalam Istana. Cerita ini telah mengetengahkan isu sesesuatu perkara itu akan dapat balasan yang setimpal.
Selanjutnya, manfaat foklor dalam industri kreatif melalui animasi ini ialah dapat meningkatkan asperiasi masyarakat terhadap nilai estetika kesenian dan kebudayaan yang masih lagi dipandang rendah dan sering dipinggirkan. Ini kerana, nilai estetika adalah subjektif iaitu pentakrifan terhadap sesuatu karya atau produk yang berbeza antara individu dengan indidvidu yang lain. Oleh itu, karya kreatif ini sukar dinilai dalam konteks komersial. Ia bermaksud, setiap karya animasi yang ditelah didokumentasikan dalam industri kreatif ini tidak membawa sebarang keuntungan kerana ramai anak muda atau masyarakat yang menulis atau terjun ke dalam bidang ini merupakan hanya sementara. Dan cerita-cerita yang telah dipertontonkan hanya mendapat perhatian yang sementara kerana ada individu lain yang cuba untuk membuat animasi lain. Dan ini merupakan persaingan dalam industri kreatif ini. Walaubagaimanapun, persaingan ini akan terus dijadikan sebagai cabaran dalam membaiki kelemahan di setiap sudut dalam industri ini. Kebanyakan, cerita rakyat atau foklor ini telah membuka fikiran anak muda bahawa ia boleh dijadikan sebagai satu tempat untuk menjana pendapatan. Industri kreatif ini mampu menjana ekonomi melalui pulangan kewangan yang dihasilkan daripada aktiviti industri berkenaan. Industri kreatif yang berkembang ini mampu meningkatkan pelaburan dalam aspek-aspek yang berkaitan dalam industri sokongan. Antaranya, penubuhan syarikat baru dalam bidang animasi dan ia merupakan manfaat yang dapat dalam kebaikan foklor diterjemahkan dalam dunia moden pada masa ini.
Manfaat yang dapat dalam membantu industri kreatif ini juga mampu meningkatkan dan memantapkan sastera di negara ini dan sekaligus membuka peluang kerjaya pada animator-animator di luar sana. Selain itu, dengan adanya manfaat foklor ia dapat membantu meningkatkan bilangan dan tahap kepakaran penggiat industri di negara ini tanpa mengira latar belakang dan taraf pendidikan seseorang. Animasi ini juga terbuka kepada semua golongan di tanah air ini untuk terus memajukan industri kreatif di negara ini. Impaknya, foklor yang ada di negara kita ini sangat berguna untuk terus memajukan warisan budaya dan bangsa dalaam pembangunan industri kreatif. Selain itu, manfaat foklor dalam pembangunan industri kreatif ini dapat membantu dalam perkembangan animasi negara kita.
Manfaat foklor lain dalam membantu perkembangan industri kreatif ialah melalui persembahan rakyat. Beberapa cerita persembahan rakyat atau folk performance, telah menjadikan cerita lisan sebagai penggerak dan kandungan persembahan. Cerita menjadi asas penting untuk menggerakkan watak di atas pentas, di samping menyelitkan babak aksi dan jenaka yang mmapu menarik perhatian penonton. Boleh dikatakan, hampir setiap persembahan rakyat mengandungi koleksi ceritanya. Hal ini tidak sekadar mengambil sumber daripada cerita lipur lara yang sedia ada tetapi apa-apa yang terkandung dalam korpus cerita lisan masyarakat setempat.
Persembahan Makyung misalnya, suatu persembahan rakyat yang sangat terkenal di Kelantan. Generasi pelapisnya sentiasa ada dari semasa ke semasa sehingga menjadikan persembahan ini suatu warisan yang lestari. Warisan tradisi lisan ini sering menjadi tumpuan kajian sarjana dan pelajar bidang kebudayaann dan kesenian, di samping pelajar dan pengkaji bidang kesusasteraan. Terdapat banyak koleksi cerita lisan yang menarik dalam Makyung. Menurut Mubin Sheppard (1974) dan Nor Aziana Mat Lazim (2009) telah mendokumentasikan dan mengkaji Makyung dari sudut kandungan ceritanya. Antara cerita yang dicatatkan termasuklah “Cerita Raja Besar”, “Cerita Raja Muda Rom”, “Cerita Anra Anra Dewa”, “Cerita Dewa Sakti”, dan “Cerita Dewan Muda”. Mengikut hasil wawancara dengan dua primadona Makyung, Rohani dari Pengkalan Chepa (25 Februari 2011) dan Mek Jah dari Besut (26 Februari 2011), kadangkala koleksi cerita dalam Makyung berbeza mengikut kumpulan penggiat Makyung itu sendiri, kerana setiap penggiat ini juga meraikan kelainan dan keunikan antara satu kumpulan penggiat dengan kumpulan penggiat yang lain. Bidang kesusasteraan dapat menyelidiki dari aspek perbandingan dalam kelisanan, motif perlambangan, mahupun sentuhan tema tertentu, seperti keperwiraan, konsep setia dan derhaka, dan penindasan dalam koleksi cerita pelbagai penggiat Makyung mengikut taburan tempat.
Keadaan ini juga didapati dalam persembahan rakyat Mekmulung di Jitra, Kedah. Mekmulung juga menggunakan cerita lisan sebagai penggerak lakon dan aksi jenaka. Antara cerita yang digunakan termasuklah “Cerita Cahaya Bulan”, “Dewan Muda”, “Lakon Afrit”, “Batak Putih”, dan “Malim Bongsu”. Menurut informan, Ahmad Shahadan, pewaris Mekmulung dari Wang Tepus, Jitra. Cerita di atas paling kerap membuat persembahan. Cerita lisan dalam persembahan seperti ini sebenarnya membuka ruang yang lebih luas untuk kajian kesusasteraan. Malah, teks cerita juga dapat dibandingkan dengan  ritual yang ada dalam Mekmulung. Pengkaji dapat menganalisi elemen sacral yang ada dalam cerita tersebut yang tidak boleh diperbodohkan. Dari situ, pengkaji dapat melihat, adakah semua cerita dalam persembahan Mekmulung dianggap sakral sepenuhnya atau masih ada yang bertujuan sekadar hiburan. Selain cerita lisan Melayu, terdapat suatu contoh terbaharu implementasi cerita lisan dalam persembahan rakyat, yakni tradisi cerita lisan dalam persembahan rakyat, yakni tradisi cerita lisan Iban dari Sarawak. Berdasarkan lagenda terkenal mereka, “Lagenda Keling”. Menurut Jimmy Donald, 1991 cerita ini telah diimplementasikan dalam bentuk drama tari yang disebut “Drama Tari Keling dan Kumang”. Kumang merupakan watak kekasih Keling dalam lagenda tersebut. Drama tari ini diambil sepenuhnya daripada lagenda tersebut yang kemudiannya dilakonkan dengan memunculkan beberapa watak dan plot cerita yang diambil daripada lagenda tersebut. Drama tari ini dipersembahkan secara esklusif di Kampung Budaya, Sarawak. Justeru jelaslah, manfaat dalam industry kreatif ini melalui persembahan rakyat. Hal ini kerana, ia akan dapat membantu untuk menyampaikan atau mendedahkan sesuatu kepada masyarakat tentang nilai dan pengajaran dalam sesuatu persembahan itu. Selain itu, dengan adanya persembahan persembahan seperti ini ia akan lagi dapat meningkat pendapatan ekonomi negara.
Kesimpulannya, kesemua-semua manfaat foklor diatas dapat membantu perkembangan industri kreatif di negara kita. Selain itu, foklor dapat memperkasakan industri kreatif negara secara menyeluruh berasaskan kreativiti dan inovasi bagi menyumbang kepada ekonomi berpendapatan tinggi melalui penghasilan produk yang berkualiti serta memartabatkan warisan seni dan budaya. Seterusnya, melalui foklor juga dapat menghargai harta warisan yang diwujudkan dalam kalangan masyarakat selaras dengan pembangunan industri kreatif. Usaha-usaha dalam meningkatkan kesedaran akan membantu mengekalkan warisan negara sebagai hak milik mutlak negara disamping menjamin pulangan royalti kepada karyawan itu. Selanjutnya, industri kreatif juga dapat mengukuhkan hubungan antarabangsa sama ada dua hala mahupun pelbagai hala melalui perjanjian persefahaman dan jaringan kerjasama modal insan , prasarana , dan produk indsutri ini. Manfaat foklor juga mampu meningkatkan hubungan antara negara dan memastikan perkongsian pengalaman dan pengetahuan bagi menghasilkan sesuatu produk yang bermutu melalui sastera rakyat. Sebagai cabaran dalam industri kreatif ini ialah kurangnya kesedaran terhadap kepentingan foklor dalam kalangan masyarakat ia merupakan isu yang dihadapi oleh industri kreatif di negara ini. Sebagai seorang individu ataupun masyarakat, kita boleh memantapkan kupayaan modal insan dalam industri kreatif melalui latihan kepakaran, pembelajaran dan peluang berkreatif. Ini akan terus memantapkan foklor sekali dan akan berkembang. Selain itu, cadangan seterusnya, ialah meningkkatkan usaha-usaha penyelidikan yang berterusan berkaitan dengan foklor dalam memajukan industri kreatif. Membuat analisis bagaimana cara atau alternatif dalam mengembangkan foklor melalui industri ini. Selanjutnya, menggalakkan penglibatan syarikat swasta dan kerajaan untuk memberi sokongan berterusan dalam memajukan industri kreatif seperti menyumbangkan modal dalam bentuk kewangan untuk generasi muda terlibat dalam industri ini. Impaknya, dengan adanya warisan dan budaya atau dikenali sebagai foklor akan dapat memberi manfaat dan  membantu perkembangan ekonomi negara melalui industri kreatif.

RUJUKAN
BUKU
  1. DEWAN SASTERA, 2015. SASTERA LISAN DAN PENERAPANNYA
  2. Yahya M.S, 1983. Asas-asas Kritik Sastera. Brunei : Dewan Bahasa dan Pustaka
  3. Sohaimi Abdul Aziz, 2014. Teori dan Kritikan Sastera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
  4. Kumpulan Kritikan Sastera, 1987. Timur dan Barat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Comments

Popular Posts